me & my life
Friday, 22 October 2010
Tuesday, 19 October 2010
Pantau kelajuan PC dengan Task Manager
Sekiranya PC anda mula menjadi perlahan selepas digunakan untuk beberapa ketika, atau salah satu program secara tiba-tiba berhenti bertindak-balas, anda boleh gunakan Task Manager, utiliti terbina dalam Windows bagi membantu anda mengembalikan semula sumber sistem.
Windows Task Manager atau Pengurus Tugasan Windows, membolehkan anda memantau program-program yang sedang berjalan di dalam PC, dan menutup tugasan (dikenali sebagai end task) jika diperlukan. Ia sangat berguna apabila sesuatu program berhenti berfungsi secara tiba-tiba atau sering dipanggil sebagai crash (Program berhenti tetapi gagal ditutup).
Untuk melancarkan Task Manager, tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete serentak atau klik kanan pada mana-mana bahagian Taskbar dan pilih Task Manager (Lihat Rajah 1).
Gambarajah 1
Tab Applications (Lihat Rajah 2) mengandungi senarai program yang sedang berjalan, dan status masing-masing. Untuk mematikan program secara paksa, pilih program dari senarai dan klik kanan, pilih End Task.
Gambarajah 2: Applications
Tab Processes (Lihat Rajah 3) ialah utiliti terpenting terdapat di dalam Windows. Ia membolehkan anda melihat semua proses yang sedang berjalan termasuk proses yang dijalankan oleh sistem Windows. Jika PC anda tiba-tiba menjadi perlahan, anda boleh gunakan tab ini untuk melihat jumlah penggunaan memori oleh sesuatu program. Klik pada kolum Mem Usage, proses akan disusun mengikut jumlah penggunaan memori paling rendah hingga paling tinggi. Sesetengah program memanggil penggunaan memori sebagai "memory leaks" bermaksud semakin lama program berjalan, semakin tinggi penggunaan memorinya.
Gambarajah 3: Processes
Amat penting bagi anda untuk mengetahui jenis-jenis program dan jumlah memori digunakan. Perisian penyunting imej seperti Photoshop, Illustrator dan sebagainya selalunya menggunakan memori yang tinggi. Begitu juga program pelayar web seperti Firefox.
Untuk memantau penggunaan CPU dan memori, gunakan tab Performance (Lihat Rajah 4). Di sini anda boleh mendapatkan ringkasan sumber sistem secara visual.
Gambarajah 4: Performance
Menyahaktif AutoPlay
Dalam versi Windows terdahulu dan Windows XP, apabila anda memasukkan cakera padat CD yang mengandungi fail autoplay.ini. Windows akan menjalankan aturcara di dalam fail ini secara automatik.
Adalah dicadangkan supaya anda menyahaktif opsyen autoplay ini supaya anda boleh mengabaikan program yang tidak perlu dan mencepatkan akses ke atas cakera padat.
Satu cara lain yang paling mudah untuk mengabaikan autoplay ialah dengan menekan
kekunci SHIFT tatkala anda memasukkan CD ke dalam pemain cakera (CD-ROM).
Untuk menyahaktif terus fungsi ini, anda hanya perlu membuat perubahan di dalam sarang Registry.
1) Klik Start -> Run
2) Taipkan "regedit" dan tekan OK
3) Kembangkan (expand) ke:
HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer
4) Cipta satu nilai DWORD dan namakan dengan NoDriveTypeAutoRun. Berikan nilai "185"
Mulakan semula (restart) komputer anda untuk melihat kesannya.
Doa & Cara Untuk Berdoa
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kali ini, saya ingin bersama-sama dengan saudara sekalian untuk kita melihat dalil-dalil (samada dari hadith Rasulullah SAW & ayat-ayat dari Al-Quran) mengenai doa & cara yang sebenarnya untuk berdoa.Diharap kepada mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang ini, dapat berkongsi bersama-sama saya dalam usaha kita melakukan ibadah sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memberkati usaha kita. Wallahu’Alam.
« Solat Sunat Tarawih – Dalil-dalil dan Panduan Mengerjakannya
Antara dalil-dalil yang berkaitan dengan ibadah doa ini:
1. “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
2. “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
3. Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa – (Riwayat Muslim).
4. “Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
5. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).
6. Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (Surah Ghafir: 60).
7. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (surah Yusuf: 87)
Bagaimana untuk install printer di dalam LAN?
Untuk meng’install’ printer komputer lain di dalam LAN, apa yang anda perlu lakukan hanyalah:-
1. Dapatkan nama PC di mana printer itu di’install’kan
Caranya ialah dengan right click pada icon My Computer > Properties > Computer Name. (dilakukan pada PC di mana printer itu diinstallkan)
# Buka My Computer anda, dan taipkan seperti berikut pada ruangan address: \\nama_PC_printer_tadi
# Anda akan dapat lihat nama printer tadi tersenarai. Klik 2 kali pada nama printer tersebut.
# Sekiranya driver printer tersebut ada di dalam Windows anda, printer tersebut akan automatically installed. Sekiranya tiada, dapatkan driver printer tersebut di dalam CD driver yang diberikan bersama-sama printer tadi.